KENAPA JEON SO MIN KELUAR RUNNING MAN? #BEBELBEBELTIME

Hi korang, i tengah scroll twitter (now x lol) and then tetiba terkejut baca news Soompi yang So Min keluar Running Man lepas hampir 6 tahun yeee. 

Sebelum i masuk isu tu, i nak cerita sikit la sejarah i dengan Running Man memang agak drama haha okay camni - I start tengok Running Man waktu i form 2 rasanya waktu tu 2012 sebab kawan i cakap i tinggi macam kwangsoo so i pun curious and start tengok. Kakak i pulak duduk kolej ada wifi so dia akan download semua episode Running Man (secara haram hahahahah) dekat telegram. So i waktu tu ada semua episode weh dalam laptop! 

Best gilaaaaa! 


I ingat lagi yang i tengok sampai episode berapa eh yang Gary start left the show. So sebagai seorang fans i was shocked la waktu tu but i was matured enough untuk terima yang Gary nak focus untuk music and life dia. Sebab apa i cakap i boleh accept.. sebab dalam waktu tu juga i dah membesar masuk universiti. I tak tahu how it happen but memang masa bergerak laju and lama lama i pun tinggal Running Man. My favourite show ever like literally the most comforting show hever existed huhu. 


Lepas dari tu i stop tengok RM and ada la dengar news yang So Min and Se Chan masuk RM as permanent cast!



I tahu yang ramai orang kecam waktu tu sebab RM was originally ada seorang je perempuan which is Ji Hyo and semua orang taknak dia kena overshadow or pilih kasih dengan orang lain. I pun waktu tu tak suka even i jarang dah follow RM. Tapi ada some clips yang i layan dekat Youtube and i tengok So Min and Kwangsoo kelakar gila wehhh. i mula rasa kesian dekat dorang sebab kena kecam and ada juga i kesian dekat cast lain sebab screentime dorang kena cut. But realistically speaking la kan, memang RM adalah sebuah variety show and of course scene yang kelakar and best je yang akan ditunjukkan. Sad but true dan jugak semua cast ada role masing masing and dorang have to maintain it. 


Okay berbalik kepada So Min leave RM - I rasa dia buat keputusan yang betul. I know ramai ingat dia keluar sebab kena kecam but kalau betul why after 6 years? So i rasa sebab utama dia keluar tu is sama dengan Kwangsoo and Gary which is to focus career sebenar dorang dan semestinya untuk jaga image dorang. 




As a fan, i tak rasa boleh cakap banyak atau bagi comment lebih lebih untuk ni sebab akhirnya semua pilihan peribadi. Kita kalau jadi fans apa pun kena ingat yang kita ni cuma penonton apa yang ditunjukkan je. Kita bukan hakim nak decide apa apa pun. So jangan la obses sangat and life must go on. Kalau korang rasa tak best la So Min takde Kwangsoo takde so tak payah tengok la kan, easy peasy! At the end of the day sebab kita tengok RM or any variety show sebab nak release stress and fun fun je. 


I wish So Min all the best dalam apa juga pilihan dia. I always wish cast yang lain keep going kalau dorang nak teruskan juga RM - even i tahu yang some of them dah lama sangat dah and was very tired huhu. I juga wish korang yang baca ni pun sihat selalu yee. 


Comment and share dekat bawah ni apa perasaan korang tentang news ni ye :) 


See you soon xoxo.

No comments:

Post a Comment

@templatesyard