KERJAYA SEBAGAI HUMAN RESOURCES EXECUTIVE / PEGAWAI SUMBER MANUSIA - ADA APA DENGAN HR?



Hi semua, seperti yang semua dah baca dari tajuk harini i nak share pasal kerja sebagai Human Resources atau HR. Banyak benda yang i nak share today so kalau too long, i akan buat a few part for this topic ye. Okay jom kita start!




APA ITU HR?


Dalam bahasa mudahnya, Human Resource or HR adalah department yang kerja dia menguruskan semua hal berkaitan pekerja. HR ini ada banyak jenis ye tapi depend kepada saiz company itu sendiri. Lagi besar company, lagi banyak la HR dan of course ada dari macam macam jenis specialty.

Come i share dengan korang jenis-jenis HR yang ada :

1. HR and Admin 


Kalau company kecil sikit usually 50-100 employees usually local company. HR and Admin adalah satu role yang sama. Maksudnya dia la HR dan dia la Admin, semua kerja dia buat. Dengar macam sakitnya kepala kan.. but kalau ikut logic it was good enough. Sebab apa i kata macam tu? Sebabnya ialah company kecil akan mempunyai resources yang kecil juga means less people less budget less workload. 

So senang je la kan kalau HR and Admin sekali ni? 

The answer is no no juga sebab tugas ni you kena kerja dengan orang and hadap perangai orang. Satu satu manusia was so hard to handle so sikit ke banyak ke was stressful enough. It depends on your management jugak la okay ke tidak.


2. Human Resources - Talent Acquisition / Recruitment 



Talent Acquisition atau i selalu panggil as TA adalah orang yang support end to end punya recruitment. Dari call candidates, set interview, offer letter, on-boarding, off-boarding, YUP semua tu kerja TA. 

I tahu ramai yang still confuse eh apa pulak beza TA dengan Recruiter?? 

Beza dia ialah TA kerja in house maksudnya dia kerja dengan company and dia hire terus untuk company tu kalau Recruiter/Recruitment Consultant selalunya dia kerja dengan employment agency macam Persolkelly atau Hays. Dia akan connect orang yang nak cari kerja tu dengan company yang nak cari pekerja so macam orang tengah la. I tak tahu sangat tentang Recruitment Consultant but i know sikit dari kawan i yang dia macam kpi based and a bit of sale sikit la like you selling a job to people. Haa macam tu!


3. Human Resources - Payroll 



HR payroll work well with excel and system. Dorang adalah antara key penting yang tolong process gaji korang. Sekarang ni dah ada banyak payroll system yang company pakai so dah tak manually calculated la. But bagi certain small company memang akan kira gaji manually lagi. 

So for big company, HR payroll akan work with system, data and finance. Dorang juga monitor keluar masuk claim from employees ke contohnya and liase back with Finance department. Tapi kerja ni agak mundane sikit so kalau korang introvert  gila and suka duduk tengok laptop dari communicate dengan orang, ni la pilihan kerjaya yang tepat!


4. Human Resources - Learning and Development 



L&D adalah paling fun kalau menurut i haha bias gila. Sebab i work in L&D department so setakat ni memang best. Setiap company pun beza beza tugas dia, like some company HR Learning yang akan urus training, cari vendor, buat learning report dan sebagainya. 

Objective dia adalah untuk our boost our people development. Like my company, we support in digital learning, promote webinar, launch exciting program semua untuk engage dengan employee learning and development. Kalau korang suka creative and play play work boleh join L&D haha but i don’t represent all la maybe my team je kot main banyak ðŸ˜‚


5. Human Resources - Industrial Relations 


IR is all about law. At least that’s what i know la. Contoh kalau korang ada discipline problem like rosakkan barang office dengan sengaja, memang akan dikenakan tindakan. IR akan sit down dengan korang and ambil tindakan sewajarnya.

Kalau kes berat like sexual harassment memang ada yang report to court terus so IR akan urus tu juga. Sama juga kalau your performance was bad so kena masuk PIP, satu satu process la kena ikut sampai selesai. It was fun and mencabar but kena kuat semangat hihi tu je nasihat i.


6. Human Resources - Reward and Compensation 

Bonus time!! Semua happy!! HR ni la yang akan urus semua. I come from international company and i cakap dengan you la yang process dia akan jadi a bit tedious at first was lots of fun. 

Banyak pit stop kena lalu but depend on company. Sebab lain lain company memang lain cara dia reward pekerja. Contohnya, company i ada performance system sendiri so kena ikut la process dia sepanjang tahun macam mana, kena support in reporting and juga communication kepada pekerja.


7. Human Resources Business Partner (HRBP)



Mother to all HR HAHA. HRBP kerja dia liase dengan business partner. So siapa business partner? Business partner is para boss and manager sekalian. Dorang akan work dengan manager untuk assist in business development and sebagainya. HRBP semestinya kena orang yang berpengalaman banyak tahun dalam HR. Usually after you jadi HRBP ni you akan terus lompat ke HR Manager.

HRBP juga akan work in employee engagement event.. but not so much sangat. Sebab ada company yang ada HR special untuk employee engagement and culture! So ini la orang yang kena fikir apa lagi ye cara nak engage dengan employee nak bagi semua orang productive di tempat kerja gituuu.



So macam mana? Dah clear ke? Ini cuma antara 7 contoh yang i share and percaya la bila i cakap ada macam macam lagi jenis HR yang ada! Kerja HR tak semudah yang disangka ya sebab mana ada kerja yang mudah kat dunia ni. Semua needs effort. Tapi kalau korang minat engage dengan orang memang i suggest korang masuk HR. Especially untuk psychology graduate macam i sebab we learn about human behavior which is related to HR. 

I rasa dah cukup panjang la i cerita harini. Nanti i akan share PART 2 tentang macam mana i mula-mula masuk HR, share my interview experience, career ladder, pengalaman semua :) Till next time, xoxo. 

1 comment:

  1. this is such a beautiful writing!!!anyway,can i know how you first get into hr?because i couldn't find the other blog...i'm sorry...about the process etc.thank you.

    ReplyDelete

@templatesyard