MOVIE REVIEW BADLA: PLOT TWIST MIND BLOWING ??



BADLA (2019)


RATE:

8.5/10 


REVIEW:

Badla merupakan movie bergenre crime/thriller and yes antara paling gempak and best yang i pernah tengok. 


Cerita dia mengisahkan tentang seorang perempuan nama dia Naina Sethi. Naina ni seorang successful career woman, ada husband and anak sorang. Her life macam perfect je but turn out dia curang dengan seorang laki ni nama dia Arjun. tapi bukanlah atas dasar cinta 100 percent. But still bagi i curang tetap curang.


Cerita dia bermula apabila Naina ditangkap polis atas tuduhan membunuh Arjun di sebuah hotel. Tapi hotel tu tak ada jalan keluar langsung sebab kebetulan waktu tu snow and tingkap bumbung semua la tak boleh keluar. No jalan keluar!! Tapi Naina mati mati cerita yang dia tak buat.


Of course la bila kena tangkap tu husband dengan anak dia pun tinggalkan dia. So untuk selamatkan diri, lawyer dia hire seorang attorney nama dia Badal Gupta iaitu Amitabh Bachchan untuk bantu selesaikan kes Naina. Tapi siapa sangka yang disebalik kes itu ada satu lagi kes yang belum selesai?? Apa kaitan kes tu dengan kes Arjun? Siapa pembunuh sebenar Arjun?? Apa yang jadi dekat Naina??


HAAAA!! Semua tu akan terjawab kalau korang tengok cerita ni. It was suspense all the time of the movie. I pulak tengok sorang kot dah la waktu malam huhu. Korang bayang la macam mana perasaan i. Tak takut tapi i nervous (acah berani)


PLOT TWIST? 



Mesti la ada hahaha ada dua plot twist i rasa dalam movie ni. Korang tengok pasti ternganga punya. Tengok and hayati betul betul. The story line was smart and the actors sumpah superb. Amitabh Bachchan punya lakonan gempak gila. 


I baru tahu yang movie ni pun adaptasi dari cerita Spanish, the Invisible Guest. I tak tengok lagi yang tu tapi i yakin tu pasti gempak gak. 


Go and watch it guys, i tengok kat Netflix je ni. Malas nak cerita banyak takut terbagi spoiler huhu. I hope korang pun enjoy movie ni okie. 


XOXO.

No comments:

Post a Comment

@templatesyard