KISAH SEDIH FINAL YEAR PROJECT

           HAI!!! Haa i happy gila haa harini lepas lebih 2 minggu menderita sakit hati, makan hati and berhabis air mata semua lah. Okay cerita dia camni...



 I CAM CAT NI LAH SEKARANG

PICTURE FROM PIXABAY



So since i dah last sem so i just tinggal  2 more core subject and Final Year Project (FYP) for this semester. Okay so back to waktu i daftar for suvervisor (SV) kan i bangga gila sebab i dapat sv yang paling semua orang nak, nama dia Dr. M. So Dr. M ni antara lecturer pilihan la sebab dia bekas head department pastu orangnya baik pulak(katanya). I just dengar kawan i cerita yang dia pun dengar dari senior dia lah yang Dr. M ni memang tiptop bagai. Waktu dapat register tu I happy ya amat and ramai okay yang jeles dengan i sebab 6 orang je bawah Dr. M and i salah sorangnya yang bertuah la kononnya terpilih.



Fast forward to first week of meeting, yang ni i agak mengaku la salah i sebab proposed topic i cari waktu tu yang biasa je but OKAY je. I buat pasal anxiety and suicidal ideation between undergraduate camtu la. Pastu dia cam dia komen la tajuk i ni kena cari satu lagi variable lain pastu dia suruh la i cari lain kan. And ada lagi lah yang orang lain pun topik kena ubah. So kitorang kena emel hari jumaat nanti topic baru kat dia. I pun cari baru punya cari emel la kat dia. 



Pastu korang tahu tak isnin baru dia balas tu pun tengah malam. Sedangkan ada sorang student tu dia reply hari ahad. I agak tu fav student dia sebab tajuk budak tu gempak gila la banding dengan kitorang. Hmm tapi i dengan member i pun husnudzon lagi. Okay malam isnin tu dia reply suruh i tukar topik lain sebab topik i tak compatable la apa. Remuk gila hati i wehhh. I tunggu lama dari jumaaat sampai isnin pastu dia reject camtu je. I nangis sebab korang bayang la waktu tu dah week 2 and kami kena hantar proposal week 4. Tajuk i je kena reject completely. Kawan i kena gak tapi kena tukar sikit je. So kami dua orang decide nak emel balik kat dia topic baru. 



Malam isnin tu lepas dapat tahu kena reject kan i tak sleep langsung!! I cari topic baru, i baca almost 50 article and research, i work really hard and ofc i nangis kat boyfriend i semua but boyfriend i pun ambik fyp sem ni so taknak la bebankan dia sangat. I rasa kecewa gila. Takut tak sempat. Pastu pagi tu i terus emel dia harap la dia reply as soon as possible. Sebab kalau i kena reject lagi at least i sempat buat. Dia siap cakap lagi kat group yang semua dah boleh proceed sedangkan i punya topic dia tak confirm lagi haa lagi la i gelabah.



Sepanjang hari isnin malam i send tu sampai harini jumaat. Dia tak reply emel kami langsung. Kat group pun kami cakap mintak dia reply emel pun dia tak balas. I nangis all the time. Risau! Sedih! Rasa macam not good enough! Sebab kawan i yang sv lain semua dah accept. Even tajuk dorang biasa je and dorang dibenarkan buat quantitative which is survey. I punya sv je suruh buat qualitative which is interview. Nak nangis kan? I nangis hari hari rasa macam diri ni tak cukup bagus. Orang lain dah boleh proceed, i ni tajuk pun tak ada lagi. Hari-hari i cek emel kot kot dia reply but tak ada. 



So sampai jumaat harini, member i tak tahan sangat. Dia text Dr. M dekat telegram untuk kali ke berapa pun tak tahu, kasar jugak la bagi i cara dia tu. Pastu Dr.M reply pasal topic dia. Mintak maaf pun tak weh kat kitorang sebab lambat. At least gitahu dia ada kerja ke atau busy ke. Tapi tu responsibilty dia as sv untuk bagi kami tunjuk ajar. Reply emel 5 minit je kot.



So kawan i dah lepas. I je belum. Risau ya amat sebab esok dah weekend nanti pasti tak reply emel. I pun buat cam kawan i but tak la marah ke apa, i cuba untuk sopan santun at the same time guna ayat sentap sikit. Pastu baru dia nak reply WEH. Takde sorry takde apa. I nak nangis tahu takkkk. Sebab i tunggu lama semata untuk tajuk i approve.Nasib tak melarat kena tunggu sampai week 3. Alhamdulillah. 





Thanks to boyfriend i jugak sebab dia kata push je sv tu sebab tu hak kita. Hmm kena push rupanya but still no sorry ke apa sebab buat kitorang menunggu. Tak tahu la. Pastu ada la member i pm dia tanya dia pasal research kan dia palau je weh. Better kitorang tanya lect lain kot lagi function even dorang bukan sv kitorang.



Korang bayang la ni baru dua minggu. I ada lagi 12 week nak kena hadap! Bukan la i nak cerita aib dia ke apa just pengajaran kat korang supaya pilih sv tu berpada-pada. Jangan main ikut trend je sedangkan kau tak kenal pun lagi personaliti dia macam mana.
Setakat ni dulu la i punya cerita. Nanti i sambung lagi cerita ni sampai la i hantar FYP i tau hahaha. Tunggu... 



Thankyou korang for your time. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Doakan urusan i dipermudahkan and urusan korang jugak. Amin.


XOXO


BTW SPECIAL SHOUT OUT UNTUK KAWAN-KAWAN I YANG BUAT SURPRISE UNTUK BUDAK YANG NANGIS JE SEPANJANG MINGGU NI. COMEL TAU DORANG NI HEHE THANKS KORANG :)))







No comments:

Post a Comment

@templatesyard