Hai and Salam PKPB diucapkan buat seluruh rakyat Malaysia.
Tarik nafas! Lepas! YUP PKPB LAGI. It's hard. I tahu sangat la susah. We went from PKP-PKPD-PKPB-PKPPP-PKPB. Nak rasa apa? Nak salah siapa?
Bermacam-macam soalan bermain dekat fikiran sekarang ni. Tak kira la siapa pun anda. Menteri? Cikgu? Pengawal keselamatan? Penghantar makanan? Pelajar? Ibu? Bapa? Semuanya tengah mengalami satu fasa yang cuma pada saat ini, kita sahaja tahu. Ada yang terkesan dan ada yang tidak. Tidak kira apa pun pemikiran anda, bertahanlah!
I sebagai contohnya seorang pelajar yang tengah berusaha nak habiskan my final year degree and dealing with my own mental breakdown and insecurities. Mudah sahaja untuk yang cakap macam-macam. But no! I wish it was that easy. I harap i sekuat mereka yang cakap tu. Kalau lah saya sekuat itu.
Itu baru saya. Bagaimana dengan yang lain? Setiap orang sedang bertarung untuk teruskan hidup. Tak ada siapa pun yang sangka atau bersedia yang kita akan sampai ke tahap ini sampai sekarang. I pun on the first place dengar tentang virus ni di China satu ketika dahulu and tak pernah sangka akan sampai Malaysia. Bila kita kena PKP, I though its only for 2 weeks.
But look at us , we are 2 months away from 2021. Kita hidup dengan norma baru, peraturan baru, bidang baru. Semuanya baru!
Buat masa sekarang ni, i just harapkan people akan jadi lebih considerate dan memahami nasib masing-masng. Tak semua orang mintak hidup macam tu ye. Orang-orang tak mintak apa pun yang terjadi dekat hidup mereka saat ini. Jadi, selalulah tolong menolong dalam keadaan yang sangat sukar sekarang ni. Bukan menuding jari atau berpecah sebaliknya pegang tangan dan bertahan. Selalu la tengok-tengok mereka yang mungkin mengalami kesusahan. Tolong dari segi fizikal dan mental, setakat kita mampu.
Penangan COVID-19 dan PKPB sekali lagi ini bukanlah semudah yang disangka. Setiap dari kita terkesan dengannya. Tak mengira umur, bangsa atau agama. Bertahanlah! Bersabarlah! Percayalah! Suatu hari nanti kita pasti menang! InshaAllah dengan izin-Nya.
XOXO.
No comments:
Post a Comment