DILEMA ANAK TENGAH (MIDDLE CHILD SYNDROME)

 Hi everyone, topik harini taklah serius sangat pun, just some thoughts and opinions yang i rasa nak share je. Plus ada la a little bit of macam sudut psychology sikit. Hope it helps.


    I anak ke-4 dari 5 beradik. Surely a certified middle child. Membesar sebagai anak tengah ni dulu I tak sedar sangat. Sebab i paling pandai dalam family, so I kinda get the attention needed, lagipun budak lagi kan time tu hm we don't overthinking macam sekarang. Then start masuk asrama dari form 1 sampai habis sekolah up sampai lah university. I rasa la changes tu. Macam sekolah I bukan asrama penuh and dekat je dari rumah, like my parents can come on weekend. But they just kadang datang sabtu je, ambik i outing balik rumah. I start sedar yang i was kinda ‘ignored’ bila adik bongsu i go the same school and dorang datang every weekend to her. Hantarkan makanan, duit belanja every week. Dorang buat macam tu sampai dia habis sekolah. Atas alasan dia bongsu mana pandai berdikari sangat. Oh okay.


    Selain dari tu, bila ada dekat rumah kan I will try to stand out. I will buat kerja rumah semua supaya i dipuji lepastu i will berdikari to prove myself hebat. Macam i study dekat kl kan, my parents pernah datang sekali dua camtu je kot. Lain dari tu i akan pergi balik naik bas sendiri lepastu barang semua bila habis sem i akan simpan dalam store hostel. Tak pernah bawak balik semua. I ada penyakit yang macam tak nak susahkan my parents and always nak buat semua sendiri. Maybe sebab deep down i rasa dorang will not help pun?? IDK why i feels that.


    Contoh lain pulak macam i got offer from some big companies untuk interviews. Bila i gitahu dorang, they seems like OK. Tak tanya i pun how and not even follow up. Bila my younger sister got a part time job after SPM at her school, semua macam excited. Siap tanya lagi how’s her work everyday. But rarely checkup on me bila I tengah struggle nak habiskan degree online ni.



    Of course its affect my personality, i jadi lebih suka menyendiri, i work hard to prove myself, lebih prefer compromise dari cari conflict, i tend to be cepat terasa sometimes but i sorok sorang-sorang and SUPER INDEPENDENT!! 


    

    In psychology, ada satu ni dipanggil ‘middle child syndrome’. Jangan risau, it is not a mental health issue. It is just a condition. Ia percaya yang middle child ni selalu diabaikan and disisihkan akibat their birth order. Menurut beberapa study, memang akan ada kesan dalam personality and ciri-ciri hubungan sebagai result layanan yang diterima sebagai middle child.



Korang can read more here and how parents can try to help your child: 

https://www.psychologytoday.com/us/blog/how-raise-happy-cooperative-child/202008/middle-child-syndrome


Tapi tak semua anak tengah akan rasa benda yang sama. Akan ada je yang tak rasa pun perbezaan tu, its all back to parenting style. Macam i, i tak salahkan my parents. It just like growing up with 5 siblings will be kinda tough too. I faham akan ada masa yang sometimes parents akan tercicir or terabai some of their kids. But of course la tak sengaja. Kita selalu nampak parents macam super hero or the one yang tahu semuanya. But there are times yang mana dorang can make mistakes and be confuse just like us. I respect that and would say yang they have done a truly great job.


I tak terasa ke? Bohong la kalau tak. But i learn to live with it. Lagipun kalau ikutkan perasaan je, sampai bila nak maju? Apa yang i buat kan, i learn to love myself better and buat every decision on my life sebab diri i. Contoh kan, i belajar and get a job at great company pun sebab i. I tahu i met a lot of people sebab nak bagi their parents proud, as for me i nak i yang proud dengan diri sendiri. Kalau boleh bagi speech tu waktu convo, first i nak cakap thank you Allah and thank you me. Hmm camtu la kot apa I selalu buat. Focus on myself and tak expect apa sangat macam dulu-dulu. I learnt my lesson untuk stood out for myself.


Kalau korang camna? Pernah tak rasa macam i rasa and how do guys cope? I harap semuanya baik-baik sahaja. Ingat! It’s okay to be sad but a little gentle reminder to also move forward and fikir yang positive sahaja. Lagipun we are not alone. Allah selalu ada, mengadu dekat dia. Everything will be fine. 


I rasa tu je kot bebelan kalini haha till next post. Have a great day. Thank you. xoxo.



No comments:

Post a Comment

@templatesyard