Hi semua! Allahu dekat sebulan jugak i ambik masa nak tulis lepas convo. I pun actually fikir nak berhenti dah tulis blog tapi lama-lama bila sunyi jadi nak tulis balik haha entah la pelik pelik je adulting ni.
Before i start, nikmati la some of the pictures from my convo haha tak sempat nak hire photographer sebab busy kerja kan payah nak ambik cuti 😚
Okay la harini i nak share tentang tips convocation UIA and actually boleh jugak tips digunakan untuk universiti lain. Semoga bermanfaat..
1. SELESAIKAN SEMUA BAYARAN TERTUNGGAK
Ini adalah tips yang paling penting ye, make sure korang dah habis bayar semua hutang dengan uni korang. Tak kira la sama ada 5 ringgit sekali pun kena langsaikan. Selagi tak selesai, rekod korang takkan clean la dekat admin so urusan nak convo semua akan problem nanti.
UIA jugak akan ada minta deposit for robe collection, make sure baca betul-betul. Deposit tu boleh dapat balik ye time korang serahkan jubah tu balik. So basically tak kena bayar apa pun la kalau convo dekat UIA.
2. PILIH ROBE SENDIRI
For me, actually agak bertuah sebab i dah start kerja dekat KL so easy nak pergi try and ambik robe sendiri. Ada kawan i yang duduk jauh kan terpaksa suruh runner ambikkan and gamble je size huhu kesudahannya robe ada yang terlebih besar and ada yang terlebih kecik.
Nasihat i is cuba curi jugak masa untuk pergi try robe before decide nak ambik any size. Sangat important ye supaya korang pun selesa nak pakai nanti.
3. PAKAI PAKAIAN AND TUDUNG PALING SELESA
Ini berdasarkan pengalaman i sendiri, waktu hari convo tu la i gedik nak try shawl satin la apa sedangkan i tahu muka i tak sesuai sangat pun nak pakai huhu. Macam serabut jadinya and i tak confident. Plan dia i macam nak jumpa parents my boyfriend tau sebab we convo on the same day.. tapi sebab tak confident terus tak tak jadi jumpa huhu.
So pastikan korang pakai pakaian yang korang selesaand yes i tahu waktu convo la nak melaram tapi kalau diri sendiri tak confident tak boleh jugak. Kena comfortable la haha sebabnya event tu sepanjang hari yaa. Sekali bad mood rosak the whole day anda kan dah susah.
4. DATANG AWAL
Sounds cliche but seriously please la datang awal! I datang awal 2 jam. Itu pun susah nak cari parking, pusing banyak kali baru jumpa. Datang awal boleh jugak ambik gambar dulu. Tak ada la lepas majlis baru nak rushing, takut make up dah cair hahaha.
Macam i kan, keluar je dewan lepas dah habis ceremony terus hujan weh.. nasib dah ambik gambar awal awal lighting pun helokk jeee puas hati. Tapi actually i pergi lagi UIA dengan boyfriend i that weekend untuk hantar robe haha lepas la jugak ambik gambar for the last time.
I rasa itu je kot. Actually just try to enjoy the moment. Cuba untuk happy jeee jangan sedih sedih. Kawal emosi korang on that day. Bendanya sekali je seumur hidup hehe so cherish la sebaik mungkin. Goodluck semua!! Till next time.
xoxo.
No comments:
Post a Comment