HAI! Harini i nak share dengan korang tentang satu film yang i baru je tengok dekat Netflix iaitu 'ENOLA HOLMES'.
ENOLA HOLMES (2020)
RATE:
7/10 💛
REVIEW:
So basically cerita ni pasal Enola Holmes iaitu adik kepada the famous detective which is Sherlock Holmes. Tapi dah lama Enola ni tak jumpa abang dia. Dia duduk dengan mak dia je. Mak dia la yang ajar dia semua benda dari study sampai la suviving skills. But one day, mak dia hilang. So macam abang dia pun balik la untuk cari mak dia jugak kan and nak hantar Enola pergi boarding school. Enola melawan la sebab dia tak nak. One night tu dia cuba kaji balik apa yang mak dia tinggalkan kat dia and dia macam jumpa clue untuk cari mak dia. So Enola pun keluar la sorang diri untuk cari mak dia berdasarkan hints yang dia jumpa tu and at the same time nak lari dari kena pergi ke boarding school. Haa gitu la cerita dia. Cerita dia mostly pasal adventure Enola ni la and apa yang dia belajar sepanjang perjalanan tu.
Personally la kan bagi i cerita ni bosan sikit, terlalu drag and macam kadang kadang tu hilang matlamat utama yang dia cuba sampaikan. I tahu cerita ni quite hot and deserves so much hype but bagi i an OKAY movie but still best je la.
Plot dia bagi i macam drag tu sebab matlamat utama Enola adalah cari mak dia tapi bila dia jumpa ada sorang laki ni, dia macam beralih kepada tolong laki tu pulak sampai la hampir last jugak. Tak ada nak mention pasal mak dia sangat. Tapi nak tahu dia jumpa ke tak mak dia and mak dia pergi mana sebenarnya? Korang kena la tengok tau cerita ni.
I rasa paling i suka the quotes yang dorang guna macam 'my life is my own' and 'our future is up to us'. Movie ni basically about finding yourself, tentang Enola yang masih muda tu find her own way of doing things. Banyak la yang kita boleh belajar antaranya kesetiaan dan persahabatan.
Bagi i best je tapi ada la some part yang i kalau boleh nak skip haha tapi i tak skip pun ye. I tengok jugak sampai habis walaupun ada la time rasa nak stop je sambung esok. HEHE.
Worth watching? Kinda.
Kalau korang suka cerita yang macam relax and tambah adventure sikit. I recommend la cerita ni. Have fun watching.
XOXO.
No comments:
Post a Comment