[KDRAMA: WHEN THE CAMELLIA BLOOMS]

 




WHEN THE CAMELLIA BLOOMS (2019)


Hai semua!!!

AHHHH i excited sangat nak share dengan korang drama yang i baru je selesai tengok dekat Netflix bulan lepas hahaha. I simpan lama jugak la sebelum nak tulis review drama ni. In fact, i tak move on lagi pun dari drama ni huhu. Let's go!

RATE:


8.5/10 💓

REVIEW:

    OKAY, When the Camellia Blooms (2019) adalah darama lakonan Gong Hyo Jin dan Kang Ha Neul. I memang minat gila denga Kang Ha Neul dari zaman The Heirs lagi tau. So i sangat excited dengan drama ni. But i was quite busy last year dengan study so tangguh punya tangguh baru dapat tengok tahun ni huhu (sorry kang ha neul 😔)


    Drama ni mengisahkan Oh Dong-baek, seorang ibu tunggal yang berpindah ke Ongsan dan membuka sebuah bar bernama Camellia. Enam tahun kemudian, Dong-baek bertemu dengan Yong-sik yang suka bermain, yang menyatakan cintanya kepadanya. Dong-baek tidak membalas cintanya, tetapi Yong-sik terus memikatnya. Ketika ibu Yong-sik mengetahui tentang ini, dia sangat menentangnya, kerana Dong-baek adalah ibu tunggal dengan seorang anak lelaki, serta kenyataan bahawa kekasih dan ayah anaknya Dong-baek yang lalu berusaha untuk memenangkannya. Yong-sik akhirnya membuatkan Dong-Baek jatuh cinta padanya. Sementara itu, seorang pembunuh yang terkenal akan menuntut Dong-baek sebagai mangsa seterusnya, dan Yong-sik melindunginya dengan ganas, melakukan tugasnya sebagai polis dan mencari tahu siapa pembunuhnya.(sumber wikipedia)


    Drama ni bergenre romantic comedy +  slice of life + mystery. I tak pernah sangka yang element mystery yang dimasukkan dalam drama ni jadi sangat sesuai dan seronok ditonton. Dari satu episod ke episod yang lain, kita akan jadi makin tak sabar nak tahu siapa pembunuh misteri tu. Paling scary sebab pembunuh tu maybe ada je dalam kalangan penduduk dekat situ huhu. 


    On the other hands, i suka watak Gong Hyo Jin dalam ni. Watak dia macam wanita yang naif tau pada mulanya tapi nampak tabah and berwawasan. So i suka tengok dia berubah lepas kenal Kang Ha Nuel. She become more true to herself atau lebih percaya diri gitu. Plus i pun suka character development penduduk-penduduk kat situ. Dorang memang annoying tau at first tapi dalam hati baik je sebenarnya. Kita boleh nampak perubahan setiap character which is berubah ke arah positive sampai la episod akhir. Walaupun age gap antara dua pelakon utama tu agak terserlah kan tapi sumpah tak awkward langsung. Gong Hyo Jin lawa gila dalam drama tu nampak macam 20-an. 


    Drama ni kelakar gila tau, i baru je nangis terharu pastu kejap je dah gelak balik. Drama ni jugak sarat dengan pelbagai nilai tau. Each episode ada je benda baru yang korang akan dapat. Element mystery yang ditambah ke dalam drama ni jugak ibarat element surprise and buat kita makin tertuggu-tunggu apa akan jadi seterusnya. 


    This drama memang terbaik and layak menang daesang tau. The best drama la bagi i. 20 episode je  tak cukup huhu. I want more. Korang yang belum tengok boleh la tengok drama ni. I recommend sangat!

XOXO.

No comments:

Post a Comment

@templatesyard