[ DEEP WATER HORIZON ]- REVIEW MOVIE





DEEPWATER HORIZON (2016)


SYNOPSIS:

Pada 20 April 2010, rig pengeboran Deepwater Horizon meletup di Teluk Mexico, menyalakan bola api besar yang membunuh beberapa anak kapal. Ketua juruteknik elektronik Mike Williams (Mark Wahlberg) dan rakan-rakannya mendapati diri mereka berjuang untuk bertahan hidup kerana kepanasan dan nyalaan menyekat dan meluap-luap. Bersatu, rakan sekerja mesti menggunakan akal mereka untuk menjadikannya hidup di tengah-tengah semua kekacauan. (sumber wikipedia)

RATE:

7/10 👍


REVIEW:

    Okay so basically movie ni dah lama keluar tahun 2016. Tapi tu lah, i baru je ada peluang untuk tengok movie ni 3 hari lepas kat Netflix and i kena cakap yang i impress gila. Movie ni adalah berdasarkan kisah benar tau which is tentang kes letupan di DeepWater Horizon pada tahun 2010 kat Mexico. So movie ni macam cerita balik la tentang kisah tu. 


    Plot cerita ni mula dengan slow sikit je pada mulanya and i macam lost jugak sebab tak reti sangat kerja-kerja kat laut ni. Tapi kejap je dah masuk klimaks dia and sumpah intense gila. I menjerit kot sebab terkejut and tak expect akan jadi camtu. Plot dia makin lama makin cepat and tak macam terlalu lambat nak move to one step to another. 


    Memang ada je beberapa time yang i rasa macam kenapa dia nak buat camtu? Tapi i teruskan tengok jugak haha. Kalau korang nak tahu dorang berjaya selamat ke tak kan kena la tengok movie ni tau.


    Antara nilai yang boleh kita dapat adalah persahabatan. Nilai persahabatan yang ditunjukkan dalam movie ni sangat besar ye. Akan ada satu scene tu nanti dia memang utamakan kawan-kawan dia sebelum diri sendiri walaupun sampai dia sendiri yang terkorban. Eh! Camna tu? Kena la tengok sendiri kalau nak tahu scene mana.


     I sarankan sediakan tisu jugak eh sebab i tak tipu, i menangis at the last scene. Its kinda heartbreaking and tak boleh bayang the trauma yang dia kena hadap. Bagi i kan its become more emotional sebab dia based on the true event. A must-watch movie!


Till next post, XOXO. 


No comments:

Post a Comment

@templatesyard