4 PILIHAN UTAMA SAMBUNG BELAJAR SELEPAS SPM

     Salam and Hi. Pernah tak terfikir nak buat selepas SPM? Kerja atau sambung belajar? Bagi adik-adik kat luar sana yang memang minat nak sambung belajar tapi tak tahu mana pilihan terbaik. Haa meh sini, I akan ceritakan beberapa peluang yang ada untuk adik -adik yang sedang confuse and pening kepala kat luar sana tu. 





    1. PROGRAM ASASI UNIVERSITI

    Program asasi universiti atau foundation studies adalah sebuah program asas untuk pelajar lepasan SPM yang akan didaftarkan di universiti-universiti tertentu. Jadi asasi selalunya selama setahun tetapi ada juga setahun setengah atau dua untuk beberapa kos atau ikut apa yang ditawarkan oleh pihak universiti. 


     Antara universiti yang menawarkan program asasi adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sabah (UNIMAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan beberapa universiti lagi. Tapi tak semua universiti menawarkan program asasi tau, cuma sesetengah je yang tawarkan program ini di universiti mereka. 


  Pasti terfikir susah ke nak terpilih ke program asasi universiti?

Jawapannya ya dan tidak. Memang tak dinafikan yang program asasi hanya ditawarkan kepada pelajar yang boleh dikatakan cemerlang dalam SPM, tapi tidak semua pelajar cemerlang ditawarkan program asasi ye. 


    Ia juga berpandukan pilihan kos yang dipilih. Jadi kalau nak dipilih, pastikan anda kaji betul-betul dulu apa requirements yang diperlukan dan pastikan korang cemerlang dalam subject yang dikehendaki. Contohnya, Asasi Sains Hayat di Universiti Malaya, pastikan pelajar cemerlang dalam subjek-subjek seperti Biology, Chemistry dan Physics. Cara nak tahu? Boleh pergi ke website universiti tersubut dan tengok lah requirements yang diperlukan. 

Kelebihan?

-Environment yang bebas.
Paling best adalah persekitaran, korang juga akan lebih bebas dan boleh melakukan banyak pilihan sendiri.

- Peluang cerah untuk sambung degree di universiti tersebut. 
Ada sesetengah universiti seperti UIA yang menawarkan pelajarnya untuk terus sambung degree di universiti mereka, tetapi tak semua ye. Bagi sesetengah universiti seperti UM, pelajar harus juga mengisi UPU untuk memilih universiti mana yang sesuai untuk sambung degree tapi peluang agak cerah jika korang adalah pelajar asasi lepasan universiti tersebut. Lebih kurang 50-50 la. 

-Cepat habis belajar.
Asasi selalunya  1 tahun, sambung degree pulak 4 tahun jadi korang cuma 5 tahun je untuk tamatkan study korang. Cepat kan? 

Kekurangan?

-Pembelajaran yang agak intensif dan sukar.
Sebabnya korang cuma ada setahun yakni 3 sem, 2 sem panjang dan 1 sem pendek untuk habiskan silibus pembelajaran. Bayangkan lah berapa banyak yang korang kena cover dalam masa yang terhad. Jadi pastikan belajar tu betul-betul ye jangan la main-main kalau tak nak gagal macam tu je.

-Sijil Asasi tak layak digunakan di pasaran.
Kalau korang tak sambung degree, sijil asasi korang sia-sia je tau. Jadi anda cuma ada sijil SPM je kalau korang gagal program asasi. Macam I pesan, once dah berjaya masuk asasi struggle la betul betul tau. 


2.  KOLEJ MATRIKULASI (MATRIK)

    Jadi basically program matrikulasi hampir sama je macam program asasi. Cuma program matrikulasi terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Apabila sebut KPM ni korang faham-faham je lah, konsep dia lebih kurang macam sekolah, peraturan dia pun lebih ketat dan padu sikit. 


    Antara kos yang ditawarkan adalah Program Sains, Kejuruteraan, Perakaunan dan Perakaunan Profesional. Durasi dia pulak adalah selama setahun atau dua tahun, kalau tak silap bergantung kepada keputusan SPM korang.

 Kelebihan:

-Persekitaran yang kondusif.

Memang tak dinafikan yang peraturan di Kolej Matrikulasi adalah lebih ketat, tetapi percayalah yang korang akan enjoy life korang kat sini. Sebabnya, tak ada banyak beza pun keadaan kat sini dengan dekat sekolah dulu so mudah je kalau nak sesuaikan diri.

-Durasi belajar yang cepat.
Macam asasi jugak, program matrikulasi akan buat korang cepat habis belajar dan boleh terus sambung degree afterwards. Best la kan?

 Kekurangan:

-Masa yang terhad.

Kalau korang terpilih untuk program selama setahun di Kolej Matrikulasi, memang korang kena pecut habis habis untuk habiskan semua topik in one year. Belajar kena cepat dan pastikan fokus betul-betul ye. But kalau dua tahun, boleh la santai sikit. Sikit je ye. Jangan sampai terbabas sudah la.


 3. PROGRAM DIPLOMA

I ingat lagi yang selepas je dapat keputusan dulu, ramai je kawan-kawan I yang nak sambung diploma walaupun at the same time dorang dapat je sambung kolej matrikulasi. Why?

 Kelebihan:

-Sijil diiktiraf

Apa yang dimaksudkan dengan diiktiraf adalah, sijil diploma boleh diguna pakai untuk korang cari kerja, tak macam sijil Matrikulasi dan Asasi yang perlukan korang sambung degree dulu barulah sijil korang laku dan berguna di pasaran.

-Santai dan lebih relax
Antara sebab pelajar diploma nampak santai dan tak stress adalah sebab tempoh belajar dorang adalah selama 3 tahun, jadi banyak masa dan ruang untuk orang belajar dan berehat hehe.Korang juga boleh timba banyak pengalaman tau.

-Banyak pilihan selepas graduasi.
Antaranya korang boleh pilih utuk kerja dulu atau terus sambung degree and kalau korang sambung degree pun, degree korang akan dipendekkan sebab korang boleh transfer credit korang and jadikan study korang lebih pendek. Tapi dia juga berdasarkan syarat-syarat tertentu. 

Kekurangan:

-Lambakan graduan diploma
Memang tak dinafikan, terdapat banyak lambakan graduan sekarang ni. Jadi untuk elakkan persaingan, mostly akan sambung belajar degree yang mana boleh tahan rugi jugak la 3 tahun korang tu.

-Tingkat gaji yang rendah
Tingkat gaji graduan sijil diploma adalah rendah berbanding pemegang sijil degree. Sebab tu ramai yang pilih untuk sambung belajar atau disarankan oleh boss sendiri untuk sambung belajar.
 

4. STPM atau TINGKATAN 6

    Tentu sesetengah fikiran streotype yang fikir, pelajar STPM ni budak yang result tak berapa gempak and tak lepas nak masuk universiti kan? Oh please, Tolong ubah mentaliti anda!


     Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah antara yang paling susah ye exam dia kat Malaysia. Bukan calang-calang tau orang yang cemerlang STPM ni. Sangat lah power ye adik-adik.


Kelebihan:

-Terus sambung Ijazah
Pelajar STPM juga boleh terus memohon UPU untuk penyambungan ke peringkat degree.

-Tempoh pembelajaran
Tempoh pembelajaran adalah selama 2 tahun yang mana hampir sama dengan Kolej Matrikulasi dan Asasi. Jadi tak ada yang rugi pun kalau korang sambung Tingkatan 6 tau.

-Yuran Murah
Yuran pembelajaran juga lebih murah berbanding dengan laluan yang lain. Untuk pelajar yang kurang berkemampuan, korang disarankan untuk sambung ke pra-universiti sebab percayalah yang korang tak akan rugi sebab laluannya sama je macam yag lain yakni untuk menuju ke menara gading.

Kekurangan:

-Persekitaran sekolah
Mungkin anda ingin bebeas dari persekitaran sekolah selepas tamat SPM kan? Tapi tidak bagi pelajar STPM sebab mereka masih lagi harus melalui rutin yang sama. Perhimpunan dan aktitivi sekolah. Tetapi ada beberapa bahagian yang diloggarkan untuk pelajar STPM seperti permakaian yang mana bergantung juga kepada pihak sekolah.

_______________________________________________
 
Berikut adalah beberapa laluan yang boleh dipilih untuk adik-adik lepasan SPM yang berminat untuk sambung belajar. Semua tu adalah antaranya je tau, ada lagi yang lain-lain. Kalau rajin kan nanti I akan tulis lagi pilihan yang lain.
                               
                            
Make sure untuk buat pilihan yang tepat untuk DIRI SENDIRI bukan untuk orang lain. It's your life and own future anyway. Till next post.

 XOXO. 




No comments:

Post a Comment

@templatesyard