[REVIEW] GARNIER SAKURA WHITE HYALURON 30X BOOSTER SERUM

Hi semua! So harini i nak review product yang i dah pakai hampir 2 bulan iaitu Garnier Sakura White Hyaluron 30X Booster Serum. 




    Okay nak dipendekkan cerita yang i memang waktu tu tengah buat research tentang serum mana yang sesuai dengan i. Sebab lately i perasan kulit muka i memang dull and agak kusam. Sebelum ni i tak pakai apa-apa serum sebab bagi i macam serum ni not wajib la dalam skincare. But turn out to be yang I salah. 


    So while tengah cari-cari tu, i terjumpa serum daripada Garnier. I tahu ramai je yang mungkin jarang dengar pasal ni sebab mostly dekat iklan banyak yang bottle kuning tu kan. But this one pink.


    So i decide nak try. I beli ni dekat shopee harga dia RM30 lebih. Guess what, I SUKA GILA DENGAN SERUM NI. Haa, sampai capital letter lagi hahaha. Tapi serius guys i suka sangat. Tekstur dia pekat tapi mudah diratakan ke seluruh wajah. Bau dia pulak wangi sangat and memang i'm in love dengan product ni. 



    I baru pakai untuk seminggu pun dah dapat kesan dia tau, kulit muka i jadi lebih cerah dan tak kusam dah. I perasan yang bekas jerawat i pun macam dah pudar. I pakai ni dah dekat 2 bulan tapi tak habis-habis lagi pun satu bottle.
 

    Nak pakai bila? Lepas cuci muka, pakai serum pastu moisturizer and sunscreen. DAH!


RATE:

4.5/5


FINAL THOUGHT:

Yeayyyy sebab i memang suka sangat dengan product ni. I tak sure ada tak dekat drugstore sebab tak pernah cari pun, i beli ni pun online. Harga affordable dengan product yang memang terbaik. Go give it a try guys. 

Till next post. XOXO. 

1 comment:

@templatesyard