Hai semua! Harini i akan review BB cream dari Silky Girl iaitu Silky Girl Magic BB Cream. I beli ni dekat drugstore harga lebih kurang RM 16-20. Kalau nak murah beli la waktu sale. BB cream ni ada 2 shade iaitu natural and radiant.
I punya i beli code natural.
First of all, kita kena ingat yang fungsi BB cream tak akan sama dengan foundation. BB cream ni macam asas je and finishing dia tak la menyeluruh macam apabila kita pakai foundation. I personally suka je dengan BB cream ni but i pakai kalau contoh untuk pergi kelas ke atau keluar dekat-dekat je sebab dia tak la full coverage sangat tapi still sesuai dipakai as a makeup base.
Paling best, BB cream ni all in one tau. It said to be moisturizes,conceals, makeup base, brightens and also mengandungi SPF 30 yang mana boleh bantu untuk lindungi kulit korang dari matahari. Bagi i sesuai je kulit muka i dengan BB cream ni. Even tiub dia kecil tapi boleh tahan lama and finishing dia pun elok cuma tak la matte.
RATE:
4/5
-- CLICK SINI UNTUK BELI SEKARANG--
FINAL THOUGHT:
I like. I memang suka pakai BB cream dari foundation sebenarnya jadi i memang suka product ni. Satu lagi i rasa sesuai jugak untuk anyone yang memang baru try nak pakai makeup or sesuai dengan kulit remaja. Memang elok sangat. Try eh.
Till next post. XOXO.
No comments:
Post a Comment