RUTIN PENJAGAAN RAMBUT ( HAIR CARE ROUTINE )

 Hai semua. So harini i nak kupas pasal topik penjagan rambut. Memang kadang-kadang ramai yang abaikan penjagaan rambut. Kadang-kadang tu sebab tak sempat pastu nak cepat, tambah pulak bila bertudung mesti kita ingat orang tak akan perasan sangat pun kalau tak jaga rambut. 




    Tapi sebenarnya kita salah. Rambut adalah aset penting bagi seseorang. Tak kira la lelaki mahupun wanita. Penting tau untuk jaga rambut korang baik-baik. Sebab tu harini i nak share dengan korang rutin penjagaan rambut yang tepat dan beberapa suggestion product yang boleh korang try. 

Let's go 😍

1. SHAMPOO

Shampoo sangat penting untuk bersihkan segala kotoran dan minyak dekat kulit kepala dan rambut korang. As tujuan utama syampu adalah untuk menghilangkan kotoran dan minyak dari permukaan serat rambut dan kulit kepala. Pemilihan shampoo yang sesuai jugak boleh bantu untuk kurangkan rambut gugur.

PRODUCT SUGGESTION:

1. Loreal Paris Elseve Fall Resist Shampoo 



2. Safi Shayla 



3. Pantene Hair Fall Control




2. HAIR CONDITIONER

Penggunaaan hair conditioner atau perapi rambut memberikan pelbagai faedah, seperti mencegah kerosakan rambut dan kusut serta membantu mewujudkan rambut lembut dan halus dan memberikan rambut lembut yang kelihatan sihat dengan penggunaan kerap. 

PRODUCT SUGGESTION:

1. Sunsilk Co-Creation



2. Pantene pro-v 3 minute miracle
REVIEW PRODUCT:



3. Pantene Conditioner Total Damage Care



3. HAIR TONIC

Tonik menjadikan rambut kelihatan lebih berkilau, membantu memegang rambut di tempatnya dan menjadikannya lebih mudah untuk digayakan. Manfaat lain termasuk melembapkan rambut kering, melincirkan kulit kepala kering, mengurangkan hujung pecah dan rambut patah, dan membantu mengawal kelemumur.

                                            PRODUCT SUGGESTION:

                                      1. Naturals Aloe Vera & Scalp Tonic

2. Mustika Ratu Hair Tonic



4. HAIR SERUM

Serum rambut menjadikan rambut lebih bersinar dan lebih sihat dan mengurangkan kusut. Kerana serum memantulkan cahaya, ia menjadikan rambut kelihatan berkilau dan lebih sihat. Ia juga melindungi rambut dari habuk dan kelembapan.

PRODUCT SUGGESTION:

1.  Dove Advance Hair Serum



2. Loreal Elseve Extraordinary Oil Pink 



3. Good Vitues. Co Hair Serum


5. HAIR MIST 

Hair mist berfungsi sama  macam minyak wangi untuk kulit korang. Boleh memberikan aroma wangian dan boleh digunakan bila-bila masa anda merasakan rambut korang perlu disegarkan dengan cepat.

PRODUCT SUGGESTION:

1. Hair System Hai Mist


2. Sunsilk Vitamin hair Mist



OKAY. Berikut adalah antara 5 rutin penjagaan rambut yang wajib korang tahu. Tapi kalau untuk yang wajib adalah 3 iaitu shampoo, conditioner dan serum. Yang lain adalah tambahan je tapi tak salah pun kalau korang add on kan?

    Kalau selama ni korang just shampoo je rambut tapi tak ada yang lain-lain tu, i harap lepasni korang slow-slow la ubah rutin penjagaan rambut korang. 

    Untuk beberapa produk yang i dah try nanti i akan buat personal review eh. Ingat! Pastikan pakai product  yang sesuai dengan korang and masalah yang dihadapai oleh rambut korang. Baru lah kena camtu! hehe.

Till next post. XOXO. 









No comments:

Post a Comment

@templatesyard