RATE MAKANAN FAMOUS DI IPOH

 HIIIII !!!

    Excited gila i hehe sebab topik harini pasal makanan. Harini, i will try to rate some of the popular foods yang i dah try kat Ipoh. Tapikan korang, ni simple punya rate je tau sebabnya ni pun dah 2 bulan i try. Memang i ada niat nak buat full blog pasal trip and foods kat Ipoh ni tapi sebab kekangan masa so tak sempat huhu. Harini i terjumpa gambar-gambar makanan waktu kat Ipoh 2 bulan lepas hehe so baru la dapat ilham nak buat 'Rate the Food with JAJA' . Segment apa benda entah haha hope korang enjoy eh. 

DICLAIMER: RATE ADALAH BERDASARKAN TEKAK SENDIRI. SORRY KALAU TAK SETUJU.

 NASI KANDAR MAJEEDIA


❤❤❤❤

Sedap gila and ingat lagi waktu kitorang sampai tu dengan tak lunch lagi, dapat pekena nasi kandar ni pulak memang terbaik. Cuma problem parking je la kot. Tapi kedai tepi jalan senang je nak jumpa hehe. 

 GREENTOWN DIMSUM


❤❤❤

Bagi i sedap tapi member i cakap biasa je. Tapi okay je kalau nak try. Tapi waktu kitorang pergi tu kena tunggu lama la jugak sebab kedai full and waktu tu peak hour kot. So kitorang balik and datang esok tu pulak still kena tunggu. Nak try punya pasal kitorang pun tunggu. Tapi overall good try la. Btw boyfriend i pergi satu lagi kedai DimSum jugak but i tak ingat nama dia and dia kata sedap jugak and tak ramai sangat. Boleh la buat research dulu eh. 


 PLAN B

❤❤❤❤

Environment kedai memang tip-top. High class teruk. Kitorang order 3 makanan ni tak ingat nama dia apa.Paling i ingat sampai ke harini dia punya spaghetti lah. Please la try weh please la. Sedap gila tak tipu hahaha. Tapi tu la harga agak cekik darah tapi sebab kongsi so okay je. Berpatutan la dengan rasa and environment kedai.

NASI GANJA


❤❤❤❤

Ni memang famous la sangat ye. Semua wajib datang kalau pergi Ipoh. Sedapppp (bak kata member i) Sebab i tak rasa pun yang ni huhu tak sempat. Kitorang nak pergi ni hari first tapi kedai dia MasyaAllah penuh weh sampai beratur. So kitorang decided pergi hari last. Tapi tu lah, i tak sempat try sebab kena balik KL. Tapi menurut member i memang best la. 

SUHAIMI CAFE

❤❤❤❤❤

Aduhhh, ni pengalaman breakfast paling best tau. Dorang ada banyak menu tapi i ingat yang i makan roti bakar kot dengan kaya. Perghhh portion banyak dengan harga murah and sedap gila. BEST WEH! Try tau.

MOGHURT

❤❤❤

First impression i kedai dia comel gila. Yogurt dia ada banyak topping, kitorang waktu tu dah kenyang so try 3 je. Sedap but for me macam way too overrated. But tak rugi pun try. Kedai comel teruk haha tak habis-habis lagi i ni obses dengan kedai dia. 


OKAY. Tu je lah setakat ni yang i boleh rate. Ipoh memang best sangat, makanan yang sedap and jarak dekat-dekat je. Problem macam biasa lah parking je tapi benda boleh settle hehe. Apa lagi, pack la bag sekarang and pergi IPOH! hehe gurau je. Rancang perjalanan baik-baik and paling penting have fun. 



Till next post.XOXO. 

No comments:

Post a Comment

@templatesyard